Karier antarabangsa Raheem_Sterling

Walaupun telah tinggal di England sejak berumur lima tahun, Sterling pada mulanya hanya boleh mewakili Jamaica di peringkat antarabangsa. Ia berubah pada bulan September 2009 selepas FIFA bersetuju dengan cadangan oleh Persatuan Bola Sepak England, Northern Ireland, Scotland dan Wales untuk mengemaskinikan "Perjanjian negara rumah", membenarkan pemain yang mendapat pendidikan di negara itu selama lima tahun atau lebih layak untuk mewakili pasukan kebangsaan mereka.[43] Sterling pertama kali mewakili England di peringkat bawah-16 pada bulan November 2009 dalam perlawanan menentang Northern Ireland.[44]

Sterling dipilih bermain untuk England untuk Piala Dunia B-17 FIFA 2011. Dia menjaringkan gol untuk England ketika menang 2–0 ke atas Rwanda di Pachuca.[45] Dia juga menjaringkan gol ketika menentang Argentina dimana England menang 4–2 menerusi penalti.[46] Pada 10 September 2012, Sterling dipanggil ke skuad senior England buat pertama kali untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 menentang Ukraine, tetapi dia tidak digunakan dalam perlawanan itu.[47][48] Pada awal bulan Oktober, dia dipanggil buat pertama kali ke skuad England bawah-21 dan membuat penampilan pertamanya sebagai pemain gantian ketika menentang Serbia pada 16 Oktober.[49][50] Dia menjaringkan gol pertamanya untuk England B21 pada 13 Ogos 2013, ketika kemenangan 6–0 ke atas Scotland.[51]

Pasukan senior

Dia membuat penampilan pertamanya untuk England pada 14 November 2012, dalam perlawanan persahabatan menentang Sweden.[52] Pada 5 Mac 2014, Sterling membuat penampilan keduanya dan dinamakan pemain terbaik perlawanan ketika England menewaskan Denmark 1–0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Wembley.[53][54]

Piala Dunia FIFA 2014

Pada 12 Mei 2014, Sterling dinamakan dalam skuad 23-pemain England untuk Piala Dunia FIFA 2014.[55] Dalam perlawanan persahabatan pra-pertandingan pada 4 Jun, ketika menentang Ecuador di Miami, Sterling dan Antonio Valencia diberi kad merah.[56][57] Pada 14 Jun, Sterling bermain dalam perlawanan pembukaan ketika kalah 2–1 kepada Itali di Manaus.[58]

Kelayakan UEFA Euro 2016

Pada 27 Mac 2015, Sterling menjaringkan gol senior pertamanya untuk England ketika mereka menang 4–0 dalam perlawanan kelayakan UEFA Euro 2016 menentang Lithuania di Stadium Wembley.[59]